Terminologi Takwil Menurut al-Māturīdī dan al-Ṭabarī
Aisyah Dollah Abdullah; Zulkifli Mohd Yusoff; Nurul Zakirah Mat Sin
المؤلفون
Aisyah Dollah Abdullah
University of Malaya
Nurul Zakirah Mat Sin
University of Malaya
الملخص
Penemuan tafsir Ta’wīlāt Ahl al-Sunnah karangan Abū Manṣūr alMāturidī (w.333H/944M) telah membuka dimensi baru dalam disiplin ilmu tafsir. Al-Māturidī yang lebih terkenal sebagai pengasas mazhab Maturidiyah ini pernah hidup sezaman dengan seorang tokoh yang terkenal di bidang tafsir iaitu Muḥammad bin Jarīr al-Ṭabarī (w.310H/921M) pengarang Jāmi‘ al-Bayān ‘an Ta’wīl Āy al-Qur’ān atau lebih dikenali dengan Tafsīr al-Ṭabarī. Meskipun tiada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa kedua tokoh ini pernah bertemu, namun keduanya sama ada secara sengaja atau tidak telah menggunakan istilah takwil pada tajuk karya masing-masing. Situasi ini telah menarik perhatian pengkaji untuk mengemukakan terminologi takwil menurut alMāturidī dan al-Ṭabarī menerusi karya Ta’wīlāt Ahl al-Sunnah dan Jāmi‘ al-Bayān ‘an Ta’wīl Āy al-Qur’ān di mana hasil dapatan kajian menemukan bahawa terdapat titik temu pada kedua pengarang ini dalam mengaplikasikan terminologi takwil dalam karya masing-masing.
بيانات النشر
- DOI
- 10.22452/usuluddin.vol44no1.1
- المجلة
- Jurnal Usuluddin
الوصول
مصادر البيانات
- unpaywall10.22452/usuluddin.vol44no1.12026-07-10T15:17:22.690704+03:00
- openalexW25933001492026-07-10T14:43:53.426287+03:00