Golongan Yang Layak Dimasukkan Ke Dalam Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah (Aswj) Berdasarkan Maslahah Ummah
Basri Ibrahim; Atif Bin Che Adnan; Nik Faisal Nik Ismail
Yazarlar
Atif Bin Che Adnan
Knowledge Unlatched (Germany)
Basri Ibrahim
Nik Faisal Nik Ismail
Özet
Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) merujuk kepada golongan yang berpegang kepada sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat serta dinyatakan sebagai golongan yang selamat, namun sepanjang perkembangan pemikiran Islam, pelbagai aliran seperti Salaf, Asya‘irah, Maturidiyyah, Khawarij, Jabariyyah dan Syiah mendakwa diri mereka sebagai ASWJ, sekali gus menimbulkan kekeliruan dan polemik dalam kalangan masyarakat Islam. Artikel ini bertujuan menganalisis kriteria sebenar golongan yang layak digolongkan sebagai ASWJ berdasarkan pendekatan ilmiah dan sumber yang muktabar. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen dengan meneliti sumber primer dan sekunder seperti kitab tafsir, hadis, akidah serta bahan ilmiah berkaitan. Data dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ASWJ merangkumi golongan yang berpegang teguh kepada asas keimanan dan Islam, menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat serta menekankan prinsip al-jamaah tanpa terikat kepada label mazhab atau aliran tertentu. Perbezaan dalam isu cabang dan pendekatan metodologi tidak menafikan kedudukan mereka sebagai ASWJ. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih tepat dan sederhana terhadap konsep ASWJ serta mengurangkan kekeliruan dan ketegangan dalam masyarakat Islam semasa.
Yayın Bilgileri
- DOI
- 10.64638/jj.v4i2.010
- Dergi
- Jamalullail Journal
Erişim
Veri Kaynakları
- openalexW71676273222026-07-10T14:44:03.266466+03:00